Friday, August 21, 2009

KAWAN vs KEKASIH

Antara KAWAN dan KEKASIH... mana satu yang harus dipilih?
KAWAN pengubat kesunyian...
KEKASIH penyembuh kelukaan...

Antara KAWAN dan KEKASIH... mana satu harus didahulukan?
KAWAN tempat mengadu...
KEKASIH tempat bermadu...

Antara KAWAN dan KEKASIH... keduanya tidak boleh disisihkan...
KAWAN menghulur bantuan...
KEKASIH menghulur sokongan...

Antara KAWAN dan KEKASIH... keduanya diperlukan...
KAWAN sekuntum senyuman...
KEKASIH sepenuh perhatian...

Antara KAWAN dan KEKASIH... Bilakah akan bersatu?
KAWAN sejujur kata...
KEKASIH setulus setia...
KEKASIH bersilih ganti kerana tiada persefahaman...
KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita...

Jika KAWAN itu KEKASIH.. dan KEKASIH itu KAWAN...
perlulah dihadiahkan "Sedalam lautan setinggi kayangan"
kerana "kasih sayang tiada sempadan"
tetapi sayang.....
KEKASIH tetap KEKASIH...
KAWAN tetap KAWAN...
Perbezaan terlalu ketara... Tetapi keadaan tetap sama...

Qoute from ISUHANGAT... Terima kasih daun keladi... (^_^)

No comments:

Post a Comment